Friday, 11 November 2011

Program memasyarakatkan stesyen MARDI Kluang

Program ini dijalankan pada 10 November 2011 (Khamis) dengan kerjasama antara pihak MARDI dan bahagian Tek & Vok PPD Kluang yang melibatkan sebanyak 9 buah sekolah, dimana sekolah yang terlibat adalah seperti dibawah:-
                  1.  SMK Jalan mengkibol
                  2.  SMK Dato' Hj Hassan Yunos
                  3.  SMK Tengku Aris Bendahara
                  4.  SMK Kahang Timur
                  5.  SMK Sultan Abdul Jalil
                  6.  SMK Layang-Layang
                  7.  SMK LKTP Belitong
                  8.  SMK Taman Kluang Barat
                  9.  SMK Dato Rahman Andak

Antara pengisian yang diperolehi hasil daripada program ini amat berguna kepada pelajar-pelajar sekolah daerah kluang yang mana terdiri daripada;-
                  1. Memperkenalkan MARDI secara lebih dekat kepada pelajar-pelajar dan masyarakat umum.
                  2. Pelajar-pelajar didedahkan dengan peluang pekerjaan yang ada didalam MARDI itu sendiri.
                  3. Latihan berbentuk amali terus kepada pelajar yang boleh membantu dalam peperiksaan SPM.

Diharap program yang bermanfaat seperti ini dapat dilaksanakan lagi masa akan datang, insyaAllah, Tahniah pihak MARDI.
Ucaptama yang diberikan oleh Dr Hj Malip B. Hj Mujib
Pengurus Stesyen MARDI Kluang
Perserta-peserta yang mengikuti program
Penerangan kepada pelajar teknik permanian hadas
Proses mengesan kambing yang hendak di lakukan 
permanian berhadas itu bunting atau belum.
Proses menyuntik semen kedalam rahim kambing betina dengan menggunakan pistolate
Lawatan ke kandang kambing di stesyen MARDI
Kambing verieti "savana"
Kambing verieti "dopper"
Kambing verieti "Kalahari red"
Penerangan di pusat tanaman herba
Kopi Arabica
Kesan daripada serangan serangga pengorek buah kopi
Kopi Robusta
Kopi Liberica
Penerangan kaedah pembiakan tumbuhan

Saturday, 15 October 2011

Mesyuarat Program Kecmerlangan Mata Pelajaran SPT Negeri Johor

Mesyuarat  Program Kecmerlangan Mata Pelajaran SPT Negeri Johor telah diadakan seperti ketetapan berikut:
                      Tarikh : 14 Oktober 2011
                      Tempat : Bilik Bengkel 1, Aras 4
                                    Sektor Pengurusan Akademik
                                    Jabatan Pelajaran Negeri Johor
                      Penyertaan : Jurulatih Utama Sains Pertanian Negeri Johor